Khamis, 21 Februari 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM

Tarikh          :    18 Februari 2013
Hari             :     Isnin
Masa           :     8.00 pagi
Tempat        :     Tapak perhimpunan sekolah

Penyampaian Hadiah Pembaca Buku Terbanyak Bulan Januari 2013







Isnin, 4 Februari 2013


Sekapur Sireh




Tn. Hj. Abdul Rahim bin Majid
Guru Besar SK. Taman Medan
 
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu. Terdapat pelbagai bahan bacaan sama ada dalam bentuk cetak, bukan cetak dan digital.

Pusat Sumber Sekolah menjadi medan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Ia juga menjadi pusat literasi maklumat.

Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai untuk dibaca oleh murid-murid. Murid-murid patut memanfaatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah untuk menambah ilmu pengetahuan. Sejajar dengan peredaran semasa dan perkembangan teknologi maklumat, murid-murid perlu melengkapkan diri dengan pelbagai imu pengetahuan dalam pelbagai bidang. 

Semoga Pusat Sumber Sekolah dimanfaatkan sepenuhnya untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan berilmu.



Pn. Asiah bt Amir
PK Pentadbiran SK. Taman Medan

Salah satu program yang dijalankan di bawah Pusat Sumber Sekolah ialah Program Nilam. Program Nilam atau nama penuhnya Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program ini bertujuan membina tabiat membaca yang berkekalan. Setiap kelas telah ditetapkan waktu penggunaan pusat sumber untuk menjalankan aktiviti merekodkan catatan tentang buku-buku yang dibaca. Jadual penggunaan untuk Program Nilam telah disediakan untuk setiap kelas selama 30 minit. 
Unit Kurikulum ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber SK Taman Medan atas daya usaha menggalakkan Program Nilam dan penggunaan PSS.

Semoga PSS menjadi tempat murid-murid menimba ilmu dan menjadi insan yang berjaya dalam semua bidang terutama kecemerlangan dalam bidang akademik.