Jumaat, 18 Januari 2013

Panduan Menjawab Bahagian A



BAHAGIAN A:   MEMINDAHKAN MAKLUMAT



Panduan Menjawab Bahagian A


Pada Bahagian A ( Kertas 012 Penulisan Bahasa Malaysia ), murid-murid diminta membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. 


1  Gambar yang diberikan terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri atau peta minda. 

2  Murid-murid perlu membina lima ayat berdasarkan situasi atau aktiviti yang ditunjukkan di 
    dalam gambar. 

3  Ayat-ayat yang dibina mestilah ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik. 

4  Murid-murid perlu menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai 
   dengan gambar yang ditunjukkan. 

5  Penggunaan tanda bacaan, ejaan yang betul perlu diberikan perhatian dalam 
    membina ayat yang baik dan lengkap. 

 6  Ayat-ayat yang dibina mestilah berdasarkan maksud yang tersurat. 
    Jangan membina ayat yang mempunyai maksud tersirat. 

 7  Elakkan daripada memberi komen atau ulasan terhadap perlakuan yang 
     ditunjukkan di dalam gambar.


Contoh Soalan: 

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang ditunjukkan 
di dalam gambar di bawah.





Panduan Membina Ayat

1    Kata kerja yang terdapat dalam gambar ialah:


berlari
berada
bersorak
menyusun
menjual

2    Perkara penting yang perlu ada untuk membina ayat yang gramatis:

siapa/watak
buat apa
di mana
untuk apa/bagaimana buat



siapa                    :  para peserta
buat apa              :  berlari di dalam guni
di mana               :  di padang
untuk apa           :  menuju ke garisan penamat


Contoh jawapan:

1   Para peserta acara sukaneka berlari di dalam guni untuk menuju ke 
     garisan penamat.

2   Guru-guru dan murid-murid berada di tepi pandang untuk menyaksikan 
     acara lumba lari di dalam guni.

2  Para guru dan ibu bapa bersorak di tepi padang untuk memberi sokongan 
     kepada para peserta.

3   Dua orang guru perempuan sedang menyusun hadiah di atas meja untuk 
     diberikan kepada para pemenang.

4   Seorang lelaki menjual aiskrim di tepi padang dengan sebuah motosikal.




Kaji Selidik


Sekumpulan pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana, Shah Alam telah membuat kaji selidik tentang pengurusan pusat sumber di SK Taman Medan.


Antara perkara yang termasuk dalam kajian tersebut ialah:

1. Carta organisasi ahli jawatankuasa
2. Borang pinjaman buku
3. Polisi pusat sumber
4. Biodata guru media

5. Sejarah penubuhan pusat sumber
 

Cenderahati


Koleksi Bacaan


Antara bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan sekolah.






Waktu Operasi



Waktu Operasi: 

Sesi Pagi:      7.20 pagi - 1.20 petang
Sesi Petang:   1.20 petang - 5.30 petang


Dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat 
( kecuali hari cuti sekolah dan cuti umum )



Sabtu ( tutup kecuali hari sekolah ganti )

Ahad ( tutup ) 




Program NILAM

.................................................................................................................



Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) merupakan salah satu program di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pelajaran Negeri Selangor dan Pusat Kegiatan Guru.

Murid-murid perlu mengisi maklumat tentang buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca 
( seperti di atas )

Guru-guru Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan ibu bapa/penjaga murid perlu mengesahkan catatan murid dalam Buku Rekod Membaca.

Murid yang paling banyak membuat catatan dalam Buku Rekod Membaca akan menerima hadiah dan Anugerah Tokoh Nilam (peringkat sekolah) semasa Majlis Anugerah Bestari yang diadakan pada penghujung sesi persekolahan.

......................................................................................................................




Contoh catatan dalam Buku Rekod Membaca Program NILAM

.....................................................................................................................

LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberi semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM, NILAM Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari




Lagu : Rosli Bin Ahmad
Liirik : Nazura Bt Mohamad

------------------------------------------------------------------------------------------------------------