Sabtu, 19 Januari 2013

TAKWIM 2013


TAKWIM SK TAMAN MEDAN 
FEBRUARI 2013



01/2 Jumaat -  Sambutan Maulidur Rasul (peringkat sekolah)
05/2 Selasa  -  Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6 I
06/2 Rabu    -  Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6 II
09/2 Sabtu   -  LADAP
11/2 Isnin    -  Cuti Sempena Tahun Baharu Cina
12/2 Selasa  -  Cuti Sempena Tahun Baharu Cina
13/3 Rabu    -  Cuti Sempena Tahun Baharu Cina
23/2 Sabtu   -  Program Mentor Mente
25/2-28/2     -  Minggu Bahasa Melayu & Minggu Pendidikan Khas


* Tertakluk pada perubahan semasa



AKAN DATANG

TAKWIM SK TAMAN MEDAN 
MAC 2013

Statistik


STATISTIK

JUMLAH KELAS

Tahun 1 hingga Tahun 4 - 8 Buah Kelas.Tahun 5 & Tahun 6 - 9 Buah Kelas.PRA Sekolah - 5 Buah Kelas.Program Pendidikan Khas - 9 Buah Kelas.

Jumlah Keseluruhan Pelajar - 2068 Orang.
Sekolah Dua Sesi (Pagi dan Petang)

JUMLAH PERJAWATAN
Jumlah Guru (Termasuk Pentadbir) - 117Orang.

Jumlah Kakitangan Sokongan
-Pejabat - 8 Orang.
-PPM PRA - 5 Orang.
-PPM P.Khas - 6 Orang.
-Juruteknik - 1 Orang

JUMLAH BESAR - 137

Panduan Menjawab Bahagian C



BAHAGIAN C:     MEMBINA ULASAN


Panduan Menjawab Bahagian C


  1. Pada Bahagian C ( Kertas Penulisan Bahasa Malaysia ), murid-murid diminta menulis nilai-nilai murni atau pengajaran yang diberikan.
  2. Contoh bahan-bahan rangsangan adalah seperti berikut:
a.                   cerita
b.                   petikan ucapan/syarahan/perbahasan
c.                   puisi
d.                   catatan
e.                   berita
f.                    dialog


  1. Murid-murid perlu mengemukakan sekurang-kurangnya lima nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam bahan rangsangan.
  2. Tulis nilai-nilai murni atau pengajaran tidak lebih dalam 50 patah perkataan.
  3. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
  4. Markah bagi bahagian ini ialah sebanyak 20 markah.
  5. Murid-murid diingatkan untuk menjawab bahagian ini dalam masa 20 minit.
  6. Gunakan bahasa yang ringkas, padat dan tepat.
  7. Mulakan ulasan kamu dengan ayat yang berikut:
Terdapat beberapa nilai murni/pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas. Antara nilai murni dan pengajaran yang dapat dipetik ialah …………


  1. Gunakan frasa-frasa berikut untuk menyambung penulisan ulasan kamu:
a.                   Nilai murni seterusnya……..
b.                   Selain itu…………………...
c.                   Selanjutnya………………...
d.                   Akhir sekali,……………….


  1. Baca semula ulasan kamu untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, dan penggunaan perkataan.  
  2. Tulis lima pengajaran/nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Loceng akhir persekolahan pada hari ini berbunyi. Murid-murid bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Selepas mengucapkan terima kasih kepada guru kelas, mereka keluar kelas.
           Jamil dan Amri berjalan ke rumah seperti biasa. Semasa dalam perjalanan, Jamil dan Amri tidak terus pulang ke rumah. Mereka telah pergi ke dusun buah-buahan  Pak Malik. Mereka memanjat pagar lalu terus menghampiri pokok rambutan yang berbuah lebat dan agak ranum. Mereka terus memanjat pokok rambutan itu lalu makan buah-buah rambutan yang manis itu.
           Tiba-tiba terdengar suara Pak malik yang menyergah mereka . Mereka melihat Pak Malik menghampiri pokok rambutan itu. Mereka bergegas turun dari pokok itu. Tiba-tiba Amri terpijak dahan yang reput lalu terjatuh ke tanah. Pak Malik menghampiri mereka.
          Pak Malik menolong membawa Amri ke klinik. Pak Malik juga menghubungi ibu bapa Amri dan Jamil untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Pak Malik menasihati Amri dan Jamil. Pak Malik juga memberitahu mereka supaya meminta kebenaran kepadanya jika mereka ingin makan buah rambutan itu dan tidak perlu mencuri. Mereka meminta maaf kepada Pak Malik dan berjanji akan mengubah tingkah laku mereka.



    Ayat dari petikan
    Kata Ulasan
    Nilai/Pengajaran
    Keterangan
    mengucapkan terima kasih
    Kita mestilah
    menghargai
    dengan
    menolong membawa Amri ke klinik
    Kita hendaklah
    bertimbang rasa
    walaupun
    Pak Malik menasihati Amri dan Jamil
    Kita harus
    menyayangi
    seperti
    meminta kebenaran
    Kita wajarlah
    berhemah tinggi
    jika
    mengubah tingkah laku
    Akhir sekali
    insaf
    seperti


    Antara pengajaran yang dapat dipetik daripada petikan di atas ialah kita mestilah menghargai jasa guru kita dengan mengucapkan terima kasih supaya menjadi murid yang baik. Kita hendaklah bertimbang rasa dengan menolong orang dalam kesusahan walaupun orang itu melakukan kesalahan. Kita harus saling menyayangi antara satu sama lain seperti menasihati mereka agar tidak melakukan perkara yang tidak baik. Kita wajarlah bersikap berhemah tinggi dengan meminta kebenaran terlebih dahulu jika ingin sesuatu barang milik orang lain. Akhir sekali, kita harus insaf atas kesalahan yang dilakukan seperti yang dilakukan oleh Amri dan Jamil yang berjanji akan mengubah tingkah laku mereka.






    (C) NOR AZIZUL HARUN

Kalendar Pesta Buku Malaysia 2013




Perpustakaan Negara Malaysia dgn kerjasama Perbadanan Kota Buku akan mengadakan car book sale pada ketetapan berikut :
Tarikh:19/1/2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 2.30 ptg
Tempat : Perkarangan parkir hadapan PNM

Para pencinta buku dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan program rutin ini.










26 April - 5 Mei 2013