Khamis, 17 Januari 2013

Panduan Menulis Karangan Autobiografi


Autobiografi


Panduan Menulis Karangan Autobiografi

1     Karangan autobiografi merupakan karangan tidak berformat.

2     Karangan ini adalah tentang riwayat hidup sesuatu benda.

3     Riwayat hidup yang diceritakan itu menyentuh peristiwa suka dan duka dari mula dihasilkan sehingga tidak lagi digunakan.

4     Karangan ini boleh ditulis dalam bentuk cerita yang menarik yang mempunyai unsur saspens dan dramatik.

5     Pengakhiran cerita boleh disampaikan dalam suasana sedih, gembira atau bahagia.

6     Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat.

7     Antara contoh soalan yang dikemukakan dalam karangan ini ialah menulis karangan yang bertajuk:

a.            Aku Sebuah Komputer
b.            Aku Sebuah Kereta
c.            Aku Sekaki Payung
d.            Aku Sebiji Bola
e.            Aku Sebuah Basikal



Contoh Karangan

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk 
“ Aku Sebatang Raket Badminton “.


Rangka Karangan:

Pendahuluan:
-                      latar belakang diri
Isi-isi:
-                      dijual di kedai peralatan sukan
-                      dibeli sebagai hadiah hari jadi
-                      digunakan setiap petang – bersukan
-                      patah – tidak boleh digunakan lagi
Penutup:
-                      disimpan di dalam stor – sempit dan gelap




Contoh Jawapan:

            Aku sebatang raket badminton. Aku diperbuat daripada kayu, plastik dan getah. Setiap siap dihasilkan, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku kemudiannya dihantar ke sebuah kedai peralatan sukan.
            Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Ramai orang tertarik melihat reka bentukku. Mereka memujiku serta menyebut tentang hargaku yang agak mahal.
            Pada suatu hari, tiba seorang lelaki kaya ke kedai itu. Beliau tertarik melihatku. Tanpa banyak bicara, beliau terus membeli aku untuk anaknya. Aku dijadikan hadiah hari jadi anaknya.
            Tuanku yang baru seorang kanak-kanak yang aktif bersukan. Setiap petang tuanku akan menggunakan. Tuanku menggunakan untuk memukul bulu tangkis. Tuanku berasa bangga kerana dapat menunjukkan aku kepada rakan-rakannya.
            Selepas beberapa bulan, aku tidak lagi seelok dahulu. Pada suatu hari, tuanku terjatuh semasa menggunakanku. Badanku patah. Aku tidak dapat digunakan lagi. Tuanku meminta ayahnya membelikan raket badminton yang baharu.
            Aku disimpan di dalam stor yang sempit dan gelap. Bau busuk di dalam stor itu sungguh merimaskan. Tinggal aku selama-lamanya di dalam stor itu selagi tidak dibuang ke dalam tong sampah.
 

PANDUAN MENULIS KARANGAN


Panduan Menjawab Bahagian B ( Menulis Karangan )

Terdapat beberapa teknik mengarang yang harus diketahui oleh para pelajar bagi menghasilkan sebuah karangan yang baik. Teknik-teknik tersebut ialah:

i.     Memilih jenis karangan yang mudah untuk mengarang. Pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada serta dapat menulis jenis karangan tersebut dengan baik. Memilih jenis karangan yang sukar akan menyebabkan pelajar akan ketandusan isi dan idea untuk mengarang.

ii.          Fahami betul-betul kehendak soalan. Cuba cari kata kunci yang utama dalam soalan karangan. Sekiranya pelajar tidak memahami kehendak soalan, pelajar akan cenderung menghasilkan karangan yang terpesong daripada kehendak soalan.

iii.      Membuat rangka karangan terlebih dahulu sebelum menulis sebuah karangan lengkap. Rangka isi yang dibuat membantu pelajar menyusun isi mengikut keutamaan dan tidak meninggalkan isi-isi penting yang sepatutnya dikemukakan dalam karangan.

iv.      Karangan yang telah siap haruslah disemak terlebih dahulu. Ini penting untuk memastikan tidak terdapat sebarang kesalahan dari aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan kata yang tepat. Sekiranya pelajar dapat mengesan serta membetulkan kesilapan, maka tidaklah banyak jumlah markah yang akan dipotong oleh pemeriksa karangan.









PENGAWAS PERPUSTAKAAN TAHUN 5 2013



BIL.
NAMA
1
ADIBA FARIHIN BT KAMARUDDIN
2
MOHAMAD RADHAHUDDIN BIN MOHAMAD ZAFRI
3
NUR FATIN ARRISHA BT SUHAIMI
4
NURSYAZA NABILAH BT. NOREHSAN
5
SUHAILAH BINTI ZAINUDDIN
6
ADIBAH BT SAIFUL AZHAR
7
NUR AISYAH BT OTHMAN
8
NUR ALIFAH IRDINA  BT. NORHALIM
9
NUR HAMIZAN BT ZULKAFLI
10
MOHD HAZEEQ BIN ZULHILMI
11
MOHD IZWAN FAHMI BIN MOHD RIZAL
12
NAJWA ASYILAH BINTI BAHARIN
13
SITI NUR ASHYIKIN BT. MOHAMAD KILAU
14
HANI SUMAIYAH BT. SANAPI
15
NAJWA JANNAH BT. AMRAN
16
NUR NATASHA ERINA BT. MAS NORDIN
17
NUR EDLIN SYAZRIN BT ZAIDI
18
NUR LINDA DAYANA BT MOHD ZAKILA
19
NURUL HUDA BT IDRIS
20
MUHAMAD FIRDAUS RIZQI HAKIMI B. MD DAWOD
21
MUHAMMAD ASHRAF B MUSTAFA
22
NORFARAHANIS BT RADZUAN
23
NURZARITH SOFEA BT HISHAMUDIN
24
NAJWA BT AZMAN
26
MOHAMED AZEM BIN MOHD ISA
27
MUHAMMAD IKHMAL B.KHAIRUL AZLI


 PENGAWAS PERPUSTAKAAN TAHUN 6 2013


BIL.
NAMA
1
MUHAMMAD AIEZAQUL HAIKAL BIN ZAINURI
2
MUHAMMAD AMIRUL HAQIM BIN IRWAN
3
NOR AMELIA SHAZLIN BINTI MOHD ROSLIN
4
NUR NATASHA ALIA BINTI ABU HASSIM
5
NURJIHAN BINTI MOHD AZRAI
6
SITI NURSYASYA AINA BINTI MOHAMED YUSOF
7
HUSNA BT MOHD FADZIL
8
IQMAL HAFIZI BIN SHAIDAN
9
MOHAMAD ZUHAIRY BIN ZAINOL ABIDIN
10
NUR A'ADILAH QHAIRUNNISA BINTI JAMADI
11
NUR AISHAH MAISARAH BT MOHD ALI
12
SALMIAMARTA BINTI MARTIUS
13
SITI SARAH BINTI MOHAMAD ZABIR
14
AFFIQ MUZAQQIR BIN  AZAR NOR KAMAL
15
MUHAMMAD FAIZZUWAN BIN MUSTAFA
16
MUHAMMAD TAUFIQ HIDAYAT BIN HISHAMUDIN
17
MUHAMMAD YUSRI BIN SHAHRIL
18
NOR LIYANA ZALIKA BT MOHD NASIR
19
NUR JANNAH BINTI JAMIL
20
AIMAN AFIQ BIN ABD HALIM
21
NUR SYAFIQAH BINTI ABDULLAH
22
NURIN JAZLINA BINTI MOHD SYAWAL
23
NUR ADRIANA BINTI EDDIE AHMAD
24
RABIATUL TAHIRAH BINTI ALI
25
MOHD FIKRI BIN MOHD FAIZAL
26
SITI NORLYANA BINTI TERMIZI
27
SITI NURAISYAH BINTI RAHMAN
28
MUHAMMAD MUSHTARRI BIN RUSLI
29
NUR FAIZA BT MOHD AZMI
30
NURALESA SHAFIYAH BINTI ABU SAMAH
31
NUR SHAZWANI IZZATI BINTI SAMSUDDIN
32
NUR SYAEIRA
33
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD AZLIN
34
NURSHAIRAH BINTI ABD. RASHID
35
WAN NOR ATIKAH BINTI WAN TAHAR
36
NUR FARAHANA BINTI NAZRI