Rabu, 23 Januari 2013
Selasa, 22 Januari 2013
LADAP 3: i-Think II
Program: Ladap 3 ( i-Think )
Tarikh: 22 Jan 2013
Hari: Selasa
Masa: 1.30 - 3.00 ptg
Tempat: Pusat Sumber SK Taman Medan
Gambar-gambar daripada Kumpulan Panitia Bahasa Melayu
Ahli-ahli Kumpulan:
Pn Issawatee Ismail
Pn. Asiah Amir
Cik Roslinda Mansur
En Hasri Sabtu
En. Mohd Zamzuri Mat Sehap
En Nor Azizul Harun
En Zainale Yussof
En Zanuwar Aidi
En Hasif Zainul Abidin
Cik Norasyikin Sahid
Sabtu, 19 Januari 2013
TAKWIM 2013
TAKWIM SK TAMAN MEDAN
FEBRUARI 2013
01/2 Jumaat - Sambutan Maulidur Rasul (peringkat sekolah)
05/2 Selasa - Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6 I
06/2 Rabu - Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6 II
09/2 Sabtu - LADAP
11/2 Isnin - Cuti Sempena Tahun Baharu Cina
12/2 Selasa - Cuti Sempena Tahun Baharu Cina
13/3 Rabu - Cuti Sempena Tahun Baharu Cina
23/2 Sabtu - Program Mentor Mente
25/2-28/2 - Minggu Bahasa Melayu & Minggu Pendidikan Khas
* Tertakluk pada perubahan semasa
AKAN DATANG
TAKWIM SK TAMAN MEDAN
MAC 2013
Statistik
STATISTIK
JUMLAH KELAS
Tahun 1 hingga Tahun 4 - 8 Buah Kelas.Tahun 5 & Tahun 6 - 9 Buah Kelas.PRA Sekolah - 5 Buah Kelas.Program Pendidikan Khas - 9 Buah Kelas.
Jumlah Keseluruhan Pelajar - 2068 Orang.
Sekolah Dua Sesi (Pagi dan Petang)
JUMLAH PERJAWATAN
Jumlah Guru (Termasuk Pentadbir) - 117Orang.
Jumlah Kakitangan Sokongan
-Pejabat - 8 Orang.
-PPM PRA - 5 Orang.
-PPM P.Khas - 6 Orang.
-Juruteknik - 1 Orang
JUMLAH BESAR - 137
Panduan Menjawab Bahagian C
Panduan Menjawab Bahagian C
- Pada Bahagian C ( Kertas Penulisan Bahasa Malaysia ), murid-murid diminta menulis nilai-nilai murni atau pengajaran yang diberikan.
- Contoh bahan-bahan rangsangan adalah seperti berikut:
a.
cerita
b.
petikan
ucapan/syarahan/perbahasan
c. puisi
d.
catatan
e. berita
f.
dialog
- Murid-murid perlu mengemukakan sekurang-kurangnya lima nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam bahan rangsangan.
- Tulis nilai-nilai murni atau pengajaran tidak lebih dalam 50 patah perkataan.
- Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
- Markah bagi bahagian ini ialah sebanyak 20 markah.
- Murid-murid diingatkan untuk menjawab bahagian ini dalam masa 20 minit.
- Gunakan bahasa yang ringkas, padat dan tepat.
- Mulakan ulasan kamu dengan ayat yang berikut:
Terdapat beberapa nilai
murni/pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas. Antara nilai
murni dan pengajaran yang dapat dipetik ialah …………
- Gunakan frasa-frasa berikut untuk menyambung penulisan ulasan kamu:
a. Nilai
murni seterusnya……..
b.
Selain
itu…………………...
c. Selanjutnya………………...
d. Akhir
sekali,……………….
- Baca semula ulasan kamu untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, dan penggunaan perkataan.
- Tulis
lima pengajaran/nilai yang dapat kamu
peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Loceng akhir persekolahan pada hari ini berbunyi. Murid-murid bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Selepas mengucapkan terima kasih kepada guru kelas, mereka keluar kelas.Jamil dan Amri berjalan ke rumah seperti biasa. Semasa dalam perjalanan, Jamil dan Amri tidak terus pulang ke rumah. Mereka telah pergi ke dusun buah-buahan Pak Malik. Mereka memanjat pagar lalu terus menghampiri pokok rambutan yang berbuah lebat dan agak ranum. Mereka terus memanjat pokok rambutan itu lalu makan buah-buah rambutan yang manis itu.Tiba-tiba terdengar suara Pak malik yang menyergah mereka . Mereka melihat Pak Malik menghampiri pokok rambutan itu. Mereka bergegas turun dari pokok itu. Tiba-tiba Amri terpijak dahan yang reput lalu terjatuh ke tanah. Pak Malik menghampiri mereka.Pak Malik menolong membawa Amri ke klinik. Pak Malik juga menghubungi ibu bapa Amri dan Jamil untuk menceritakan apa yang telah berlaku. Pak Malik menasihati Amri dan Jamil. Pak Malik juga memberitahu mereka supaya meminta kebenaran kepadanya jika mereka ingin makan buah rambutan itu dan tidak perlu mencuri. Mereka meminta maaf kepada Pak Malik dan berjanji akan mengubah tingkah laku mereka.Ayat dari petikanKata UlasanNilai/PengajaranKeteranganmengucapkan terima kasihKita mestilahmenghargaidenganmenolong membawa Amri ke klinikKita hendaklahbertimbang rasawalaupunPak Malik menasihati Amri dan JamilKita harusmenyayangisepertimeminta kebenaranKita wajarlahberhemah tinggijikamengubah tingkah lakuAkhir sekaliinsafsepertiAntara pengajaran yang dapat dipetik daripada petikan di atas ialah kita mestilah menghargai jasa guru kita dengan mengucapkan terima kasih supaya menjadi murid yang baik. Kita hendaklah bertimbang rasa dengan menolong orang dalam kesusahan walaupun orang itu melakukan kesalahan. Kita harus saling menyayangi antara satu sama lain seperti menasihati mereka agar tidak melakukan perkara yang tidak baik. Kita wajarlah bersikap berhemah tinggi dengan meminta kebenaran terlebih dahulu jika ingin sesuatu barang milik orang lain. Akhir sekali, kita harus insaf atas kesalahan yang dilakukan seperti yang dilakukan oleh Amri dan Jamil yang berjanji akan mengubah tingkah laku mereka.(C) NOR AZIZUL HARUN
Kalendar Pesta Buku Malaysia 2013
Perpustakaan Negara Malaysia dgn kerjasama Perbadanan Kota Buku akan mengadakan car book sale pada ketetapan berikut :
Tarikh:19/1/2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 2.30 ptg
Tempat : Perkarangan parkir hadapan PNM
Para pencinta buku dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan program rutin ini.
26 April - 5 Mei 2013
Jumaat, 18 Januari 2013
Panduan Menjawab Bahagian A
BAHAGIAN A: MEMINDAHKAN MAKLUMAT
Panduan Menjawab
Bahagian A
Pada Bahagian A ( Kertas 012 Penulisan Bahasa Malaysia ), murid-murid diminta membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
1 Gambar yang diberikan terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri atau peta minda.
2 Murid-murid perlu membina lima ayat berdasarkan situasi atau aktiviti yang ditunjukkan di
dalam gambar.
3 Ayat-ayat yang dibina mestilah ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik.
4 Murid-murid perlu menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
dengan gambar yang ditunjukkan.
5 Penggunaan tanda bacaan, ejaan yang betul perlu diberikan perhatian dalam
membina ayat yang baik dan lengkap.
6 Ayat-ayat yang dibina mestilah berdasarkan maksud yang tersurat.
Jangan membina ayat yang mempunyai maksud tersirat.
7 Elakkan daripada memberi komen atau ulasan terhadap perlakuan yang
ditunjukkan di dalam gambar.
Contoh Soalan:
Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang ditunjukkan
di dalam gambar di bawah.
Panduan Membina Ayat
1 Kata kerja yang terdapat dalam gambar ialah:
berlari
berada
bersorak
menyusun
menjual
2 Perkara penting yang perlu ada untuk membina ayat yang gramatis:
siapa/watak
buat apa
di mana
untuk apa/bagaimana buat
siapa : para peserta
buat apa : berlari di dalam guni
di mana : di padang
untuk apa : menuju ke garisan penamat
Contoh jawapan:
1 Para peserta acara sukaneka berlari di dalam guni untuk menuju ke
garisan penamat.
2 Guru-guru dan murid-murid berada di tepi pandang untuk menyaksikan
acara lumba lari di dalam guni.
2 Para guru dan ibu bapa bersorak di tepi padang untuk memberi sokongan
kepada para peserta.
3 Dua orang guru perempuan sedang menyusun hadiah di atas meja untuk
diberikan kepada para pemenang.
4 Seorang lelaki menjual aiskrim di tepi padang dengan sebuah motosikal.
Langgan:
Catatan (Atom)