Jumaat, 18 Januari 2013

Panduan Menjawab Bahagian A



BAHAGIAN A:   MEMINDAHKAN MAKLUMAT



Panduan Menjawab Bahagian A


Pada Bahagian A ( Kertas 012 Penulisan Bahasa Malaysia ), murid-murid diminta membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. 


1  Gambar yang diberikan terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri atau peta minda. 

2  Murid-murid perlu membina lima ayat berdasarkan situasi atau aktiviti yang ditunjukkan di 
    dalam gambar. 

3  Ayat-ayat yang dibina mestilah ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik. 

4  Murid-murid perlu menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai 
   dengan gambar yang ditunjukkan. 

5  Penggunaan tanda bacaan, ejaan yang betul perlu diberikan perhatian dalam 
    membina ayat yang baik dan lengkap. 

 6  Ayat-ayat yang dibina mestilah berdasarkan maksud yang tersurat. 
    Jangan membina ayat yang mempunyai maksud tersirat. 

 7  Elakkan daripada memberi komen atau ulasan terhadap perlakuan yang 
     ditunjukkan di dalam gambar.


Contoh Soalan: 

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang ditunjukkan 
di dalam gambar di bawah.





Panduan Membina Ayat

1    Kata kerja yang terdapat dalam gambar ialah:


berlari
berada
bersorak
menyusun
menjual

2    Perkara penting yang perlu ada untuk membina ayat yang gramatis:

siapa/watak
buat apa
di mana
untuk apa/bagaimana buat



siapa                    :  para peserta
buat apa              :  berlari di dalam guni
di mana               :  di padang
untuk apa           :  menuju ke garisan penamat


Contoh jawapan:

1   Para peserta acara sukaneka berlari di dalam guni untuk menuju ke 
     garisan penamat.

2   Guru-guru dan murid-murid berada di tepi pandang untuk menyaksikan 
     acara lumba lari di dalam guni.

2  Para guru dan ibu bapa bersorak di tepi padang untuk memberi sokongan 
     kepada para peserta.

3   Dua orang guru perempuan sedang menyusun hadiah di atas meja untuk 
     diberikan kepada para pemenang.

4   Seorang lelaki menjual aiskrim di tepi padang dengan sebuah motosikal.