Khamis, 17 Januari 2013

PANDUAN MENULIS KARANGAN


Panduan Menjawab Bahagian B ( Menulis Karangan )

Terdapat beberapa teknik mengarang yang harus diketahui oleh para pelajar bagi menghasilkan sebuah karangan yang baik. Teknik-teknik tersebut ialah:

i.     Memilih jenis karangan yang mudah untuk mengarang. Pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada serta dapat menulis jenis karangan tersebut dengan baik. Memilih jenis karangan yang sukar akan menyebabkan pelajar akan ketandusan isi dan idea untuk mengarang.

ii.          Fahami betul-betul kehendak soalan. Cuba cari kata kunci yang utama dalam soalan karangan. Sekiranya pelajar tidak memahami kehendak soalan, pelajar akan cenderung menghasilkan karangan yang terpesong daripada kehendak soalan.

iii.      Membuat rangka karangan terlebih dahulu sebelum menulis sebuah karangan lengkap. Rangka isi yang dibuat membantu pelajar menyusun isi mengikut keutamaan dan tidak meninggalkan isi-isi penting yang sepatutnya dikemukakan dalam karangan.

iv.      Karangan yang telah siap haruslah disemak terlebih dahulu. Ini penting untuk memastikan tidak terdapat sebarang kesalahan dari aspek tatabahasa, ejaan, tanda baca dan penggunaan kata yang tepat. Sekiranya pelajar dapat mengesan serta membetulkan kesilapan, maka tidaklah banyak jumlah markah yang akan dipotong oleh pemeriksa karangan.