Jumaat, 18 Januari 2013

Program NILAM

.................................................................................................................



Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) merupakan salah satu program di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pelajaran Negeri Selangor dan Pusat Kegiatan Guru.

Murid-murid perlu mengisi maklumat tentang buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca 
( seperti di atas )

Guru-guru Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan ibu bapa/penjaga murid perlu mengesahkan catatan murid dalam Buku Rekod Membaca.

Murid yang paling banyak membuat catatan dalam Buku Rekod Membaca akan menerima hadiah dan Anugerah Tokoh Nilam (peringkat sekolah) semasa Majlis Anugerah Bestari yang diadakan pada penghujung sesi persekolahan.

......................................................................................................................




Contoh catatan dalam Buku Rekod Membaca Program NILAM

.....................................................................................................................

LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberi semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM, NILAM Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari




Lagu : Rosli Bin Ahmad
Liirik : Nazura Bt Mohamad

------------------------------------------------------------------------------------------------------------